August 29, 2012

2 Panas!!! Betul Ke Bekas Ketua Cabang P"Gay"R Jerantut Merupakan Haruan Makan Anak?

Panas cuaca malam ini. Panas lagi berita yang disiarkan oleh kesemua akhbar-akhbar Nasional. Pembaca CTS jangan pula mencari berita ini di Haprakdaily, Suara Keldaian maupun Roket, mesti tak jumpa punya. Burung-burung berkicauan membisikan Bekas Ketua Cabang P"Gay"R Jerantut, Mohd Nor Jaafar adalah orang yang dibicarakan di dalam akhbar-akbar tempatan. Betul ke? Kalau betul tahniahlah. Bertambah lagi seorang pemimpin P"Gay"R (walaupun bekas) yang mempunyai nafsu buas di luar tabii. 

CTS mendapat perkhabaran tertuduh ni diberitakan berkemungkinan adalah Mohd Nor Jaafar, satu-satu calon PKR di Jerantut pada 2008. Ketika itu dia adalah calun PKR DUN Damak dan bekas Ketua Cabang PKR Jerantut. Apapun sama ada benar orang yang disebut atau tidak, kita tunggu keputusan DNA yang akan diketahui dalam masa seminggu dua dan pendakwaan di mahkamah. China Doll dah ada, laki sama laki dah ada, kaunseling bini orang pukul 3.00 pagi dalam bilik hotel dah ada. Sekarang haruan makan anak. Itulah P"Gay"R! Baca laporan penuh Sinar Harian seperti di bawah:
Sumbang mahram: Pemimpin kanan parti pembangkang, anak ditahan
28 Ogos 2012
JERANTUT - Seorang pemimpin kanan sebuah parti dan anak lelakinya ditahan bagi membantu siasatan berhubung satu kes sumbang mahram. Timbalan Ketua Polis Daerah Jerantut DSP Zakaria Kasim berkata, pemimpin bersama anak lelakinya yang berusia 14 tahun ditahan reman pada 22 Ogos lalu bagi membantu siasatan apabila anak perempuannya yang berumur 15 tahun melahirkan seorang bayi lelaki.
Zakaria berkata, anak perempuan suspek dikatakan melahirkan seorang bayi lelaki tiga hari lalu di sebuah pusat bersalin swasta di Kajang, Selangor. "Polis juga telah mengambil sampel DNA kedua-dua suspek yang dibuat di Hospital Jerantut untuk siasatan lanjut. "Bagaimanapun, suspek dan anak lelakinya dibebaskan dengan jaminan polis semalam, sementara menunggu keputusan DNA yang dijangka diketahui dalam tempoh seminggu," kata Zakaria.
Suspek pernah bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-12 tetapi tewas kepada lawannya dalam pilihan raya itu. Menurut sumber lain, kejadian tersebut terbongkar apabila jururawat di pusat perubatan berkenaan membuat laporan polis akibat curiga dengan keadaan remaja perempuan tersebut yang bersalin tanpa kehadiran suami.

2 comments:

Anonymous said...

ni semua rekayasa yg di cipta oleh puak puak umno....LOL!!!!

Wonderpet said...

Jgn cm tu anon 1:36..DNA blom kuar result lg..dh kuar nti br blh marah2 @ diam membisu malu..lg pon bdk tu branak kt hospital swasta di KAJANG,SELANGOR..cm mn plak anda blh tuduh sesuka ati..jgn ketaksuban anda tentang politik bt anda jd srupa mcm binatang xde akal..

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates